Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference)

Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video  - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin kongsikan hal berkaitan dengan hukum akad nikah menggunakan teknologi moden iaitu akad nikah dengan menerusi sidang video conference..Di sini saya akan kongsikan entri dari blog islamituindah.my di mana di sana mereka menjelaskan hal tentang hukum hakam akad nikah menggunakan video conference..


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa para fuqaha’ bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu majlis (ittihad al-majlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab dan qabul.
Sehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat Ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti yang berikut:
  • Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan.
  • Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.
  • Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak.
  • Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan.
  • Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya.
  • Tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa.
e-Fatwa

Harap entri ini berguna kepada anda , sekain terima kasih...dan jangan lupa juga berterima kasih kepada rakan kita iaitu penulis blog islamituindah.my . Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference)

0 comment... add one now