Pembelian Dan Permohonan Pin ID UPU 2014

Pembelian Dan Permohonan Pin ID UPU 2014 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya . Sudah sekian lama saya tidak update blog habuk pon makin tebal tapi alhamdullilah kerana masih ada orang yang mencari ilmu berkaitan agama di dalam blog saya ini . Antara entri yang paling ramai di baca adalah berkaitan dengan Ayat Seribu Dinar Dalam Rumi . Baiklah di bawah ini saya akan kongsikan  cara membuat pembelian Nombor Pin ID UPU 2014.

Bagi mereka yang ini membuat pembeli nombor Pin ID UPU 2014 di mana perjualan pin id upu tersebut adalah untuk membuat permohonan untuk kemasukan ke IPTA pada thun 2014 dan tahun seterusnya. Bagi mereka yang ingin membuat permohonan untuk emasukan ke IPTA mereka harus membeli Nombor Pin ID UPU dahulu baru la boleh membuat permohonan ke IPTA dan IPTS.

Dengan wujudnya entri berkaintan dengan Pembelian Dan Permohonan Pin ID UPU 2014 sedikit sebanyak memberi maklumat kepada para pelajar lepasan spm 2013 , lepasan stpm 2013  dan setaraf denganya termasuklah STAM .Kepada mereka yang ingin membuat permohonan melalui UPU untuk ke IPTA, permohonan akan dibuka pada 20 Januari 2014.
Permohonan akan dibuka secara online pada tarikh tersebut danalamat permohonan akan dibuka dan dimaklum menjelang 20 Januari 2014. Permohonan adalah bagi lepasan SPM, STPM/ setaraf bagi kemasukan ke ;
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA )
  • Politeknik Konvensional/ METrO
  • ILKA

Pembelian Pin. Unik ID

Untuk pengetahuan, sebelum mengakses permohonan online adalah diwajibkan menggunakan no Unik ID yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) berhampiran. Pembelian Unik ID juga boleh mula dibeli pada 20 Januari 2014.
Permohonan UPU dan pembelian Pin Unik ID : 20 Januari 2014
Semasa membeli Unik ID, pemohon terlebih dahulu perlu maklum dengan jenis kategori untuk permohonan dirinya. Hal ini kerana terdapat 2 pilihan kategori permohonan semasa membeli Unik ID. Pastikan anda tidak tersilap membeli Unik ID, hanya beli mengikut kategori masing-masing. 2 Kategori tersebut adalah : 

Kategori A ( Harga RM 10.60 )
  • Adalah kepada calon Lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan SIjil ILKA.
Kategori B ( Harga RM 15.60 )
  • Adalah kepada calon lepasan STPM/ setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi/ Lepasan Diploma/ setaraf dan Lepasan STAM

Tidak ada pembelian Pukal Unik ID


Suka diperingatkan disini, pembelian secara pukal nombor unik ID adalah tidak diamalkan lagi untuk sesi akademik 2014/2015.

Pihak sekolah perlulah mengingatkan pemohon supaya nombor unik ID digunakan dan disimpan secara berhemah berdasarkan tatacara yang mempunyai cirri-ciri keselamatan, hal ini bagi mengelakkan kebocoran maklumat akibat salahguna nombor Unik ID untuk tujuan menjejaskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA oleh individu yang tidak bertanggungjawab.



Terima kasih kerana sudi datang ke blog ini dan membaca entri berkaitan dengan Pembelian Dan Permohonan Pin ID UPU 2014 yang telah ditulis oleh admin blog islam-suci ini dan jangan lupa untuk melawat ke blog Hakim Mahmud.

Pembelian Dan Permohonan Pin ID UPU 2014

0 comment... add one now