Informasi sahih • Ilmu bermanfaat • Kehidupan Muslim
Islam itu Suci

Berita Islam, ummah dan panduan kehidupan

Artikel Terkini

30 May 2014

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh Rumi

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh Rumi . Assalamualaikum , terima kasih kerana anda sudi datang ke blog saya semata-mata untuk mencari sedikit ilmu yang ada di dalam blog ini. Di sini saya akan berkongsi dengan anda tentang bacaan doa qunut solat subuh rumi.

Cara bacaan doa qunut dalam rumi . Umum mengetahui cara bacaa doa qunut dibaca pada iktidal rakaat kedua waktu semasa solat subuh. Hukum membaca doa qunut adalah sunat ab'ad (sunat yang dituntut).

Doa Qunut :

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh Rumi
Doa Qunut . Google

Bacaan Doa Qunut dalam Rumi :

Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.

Maksudnya: 
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan

Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


Jika anda menjadi imam, anda perlu membaca dan mengubah kalimah tertentu. Manakala, makmum tidak perlu membaca pada kalimah-kalimah tersebut hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya  dengan amin sahaja. Kalimah kalimah tersebut ialah :
"Allah humah dini" kepada  "Allah humah dina"

"Wa'a fini " kepada "Wa'a fina "

"Watawallani" kepada "Watawallana"

"Wabarikli"  kepada "Wabariklana"

"Waqinii" kepada "Waqina"

Bagaimana jika terlupa untuk baca Doa Qunut ?

Perkara ini sering berlaku kepada kita ketika solat subuh iaitu terlupa untuk baca doa qunut dan kita terus sujud. Jadi SAH atau TIDAK solat kita.

Solat kita sah kerana membaca doa qunut itu sunat. Namun disunatkan untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca doa qunut adalah sunat aba'ad.

Cara Melakukan Sujud Syahwi :
  • Sujud syahwi dilakukan selepas selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam.
  • Melakukan sujud sebanyak dua kali.
  • Pada kedua-dua sujud berikut hendaklah membaca tasbih ini: 
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ  
Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa


Alhamdulillah selesai sudah solat subuh. Adakah anda fahaminya. Jadi selepas solat seperti biasa kita perlulah membaca doa selepas solat. Jom baca di sini ->  Maksud Ayat Seribu Dinar Dalam Rumi

13 comments:

  1. sebelum ayat terakhir masi ada 1 ayat lagi. knp tdk anda tulis??? mau menyesatkan mu'alaf n org2 yg ga paham????

    ReplyDelete
    Replies
    1. batulkah ada ayat yang tertinggaal?saya abaru berjinak jinak nak sempurnaakan solat.

      Delete
  2. knp harus di approval dl? scam kah ini???? hey... yg bener donk tulis nya. knp anda hilangkan 1 ayat??? apa maksudnyaaa??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodohnya manusia mcm kamu, sedangkan kita hari2 buat byk kesalahan..Sayangnya Allah kpd kita..dgn membèri peluang kita bertaubat..jika ada manusia yg gila mengajar kita kpd kebaikan..màka ianya lebih mulia dari yg waras

      Delete
  3. sy akan tulis di media ttg kecurangan anda menghilangkan 1 ayat doa qunut di blog anda. anda sengaja kah?? ini blog. ga mgkn slh ketik ato kelupaan. mestinya ada audit nya!! sadarlah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan.Saya tidak hafal doa qunut.adakah sah solat saya jika tidal membaca doa qunut dan sujud sahwi?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Saudara Akmal... Doa Qunut sunat sahaja ^_^ buat dapat pahala tak buat tak xde pape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa qunut sunat muakkad iaitu sunat yng dituntut

      Delete
  6. Tasbih masa sujud syahwi kna bca b:rpa kali

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, saya nak tnyer jikalau saya solat mengikut imam tetapi imam tidak membaca doa qunut adakah saya boleh terus membaca doa qunut atau tidak membaca doa qunut mengikut imam..
    Terima kasib

    ReplyDelete
  8. Alahamdullilah. Ada kah dpt saya safe doa ini tuan t k.

    ReplyDelete
  9. Alahamdullilah. Ada kah dpt saya safe doa ini tuan t k.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsiannya, saya ambil ilmu yg haq sahaja lain tiada, dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete