Bacaan Doa Tahiyat Awal Dan Akhir Rumi |Assalamualaikum semua umat islam terima kasih kerana sudi mencari ilmu akhirat internet. Di sini saya akan kongsikan dengan anda semua Bacaan Doa Tahiyat Akhir dalam Rumi mungkin ramai diantara kita masih belum lancar membaca Doa Tahiyat Awal Dan Akhir Rumi.
Seperti yang anda semua maklum bahawa jika kita tidak membaca doa tahiyat akhir maka solat fardhu tidak akan sempurna ia kerana bacaan tahiyat akhir termasuk dalam salah satu rukun solat.Kepada mereka yang lancar membacanya mohon berkongsi dan ajar la mereka yang kurang lancar semoga kehidupan seharian kita dirahmati Allah S.W.T Amin.
Bacaan Tahiyat Awal:
![]() |
Doa Tahiyat Awal |
Bacaan Tahiyat Awal dalam rumi :
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad.
Maksudnya :
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir:
![]() |
Bacaan Doa Tahiyat Akhir |
Bacaan Tahiyat Akhir dalam rumi :
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
Sekali lagi terima kasih dari saya semoga ilmu ini bermanfaat kepada anda dan jangan lupa untuk komen dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda.Jom baca Doa ketika Menaiki Kenderaan.