google.com, pub-4055201132772591, DIRECT, f08c47fec0942fa0 WASIAT IMAM SHAFIE

WASIAT IMAM SHAFIE

Wasiat Iman Shafie kepada pengikutnya,Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan dengan anda wasiat penting yang ditinggalkan oleh Iman Shafie kepada pengikutnya..

 
Wasiat Imam Shafie  


1.   Hak Kepada Diri
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2.   Hak Kepada Malaikat Maut
Mengqada' kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah
3.   Hak Kepada Kubur
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan sembahyang Tahajut, dan membantu orang yang dizalimi
4.   Hak Kepada Munkar Dan Nankir
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati
5.   Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan
6.   Hak Kepada Sirat (Titian yang merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)
Membuag tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah
7.   Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah S.W.T., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak
8.   Hak Kepada Ridhwan (Penjaga Syurga)
Merasa redha dengan qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur di atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat
9.   Hak Kepada Nabi Muhammad S.A.W
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah
10.  Hak Kepada Allah S.W.T
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

0 comment... add one now