Hikmah Tafsiran Mimpi Kematian Mengikut Islam

Hikmah Tafsiran Mimpi Kematian Mengikut Islam .Assalamualaikum dan terima kasih kepada anda yang sudi datang ke blog saya semata-mata untuk mencari informasi berkaitan dengan akhirat nanti. Saya pasti anda pernah bermimpi tentang kematian sama ada kematian diri sendiri mahupun kematian orang lain.

Hikmah Tafsiran Mimpi Kematian Mengikut Islam
Hikmah Tafsiran Mimpi Kematian Mengikut Islam
Bukan itu saja ada juga yang bermimpi mati dan dihidupkan semula. Terdapat banyak kitab yang mengatakan mimpi itu datang kepada kita dalam dua bentuk iaitu mimpi baik dan mimpi buruk - mana yang baik datangnya dari Allah S.W.T, mana yang buruk itu datangnya dari Syaitan.

Selain itu, ada ustaz yang menyatakan bahawa mimpi terbahagi kepada 3 iaitu pertamanya ialah mimpi yang benar dari Allah S.W.T, seperti wahyu kepada para nabi dalam tidur mereka atau pun ilham dan nasr (pertolongan dan maunah) kepada orang yang soleh. Kedua ialah mimpi buruk yang daripada syaitan. Dan ketiga ialah mimpi biasa yang berlaku akibat terbawa kehidupan seharian dalam pemikiran sehingga masuk dalam tidur lalu menjadi mimpi akibat kelesuan otak. Ini bersandarkan kepada satu hadith riwayat Ahmad.


Hikmah Tafsiran Mimpi Kematian Mengikut Islam
Hikmah Tafsiran Mimpi Kematian Dalam Islam
" Mimpi itu tiga bahagian iaitu berita gembira dari Allah , apa yang berlaku dalam hidup seharian dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan" (H.R Ahmad) "

Hikmah Tafsiran Mimpi Kematian


Nabi S.A.W. bersabda maksudnya: "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (H.R Riwayat Muslim)
Maksud Mimpi Tentang Kematian Dalam Islam


Hikmah Tafsiran Mimpi Kematian Mengikut Islam
Hikmah  Mimpi Kematian Mengikut Islam
Saya kongsikan serba sedikit informasti tentang penafsiran mengenai mimpi kematian. Penafsiran ini diambil berdasarkan kepada Buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam. Ia adalah karangan asal Imam Ibnu Sirin. Siapa beliau, akan diterangkan pada akhir perenggan post ini, in Sha Allah.

1 : Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: "Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami."

2 : Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.

3 : Sesiapa yang bermimpi, lalu dia dimandikan dan dikafani, bererti selamatlah masalah keduniaannya tetapi rosak agamanya.

 4 : Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.

5 : Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya. Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati, maka dia lepas dari musuhnya.

6 : Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bermimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.

7 : Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.

8 : Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.

9 : Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya.

10 : Sesiapa yang bermimpi dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara.


Jika anda punya waktu lapang boleh juga membaca informasi tentang  Doa Kekal Jodoh dan Doa Tahiyat Awal Dan Akhir Rumi.
Kredit : hasrulhassan.com , Islam Suci dan Google

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous March 09, 2019
Takdr dalil yg sahih x boleh nk percaya