Kelebihan Zikir Subhanallah Wa Bihamdihi

Assalamualaikum, kali ini saya ingin kongsikan Kelebihan Zikir Subhanallah  Wa Bihamdihi. Sebelum saya berkongsi lebih lanjut tentang Zikir Subhanallah  Wa Bihamdihi kita harus fahami makna zikir tersebut bukan sekadar membaca.



Makna Zikir Subhanallah  Wa Bihamdihi adalah Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya. Apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T jika kita membaca Zikir ini 100kali setiap hari? Maka akan gugurlah dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah).

Begitu besar shafaatnya kepada kita maka beruntunglah mereka yang mulutnya senantiasa dibasahi dengan bacaan zikir Subhanallah Wa Bihamdihi. Janganlah sombong atau malas untuk menyebutnya adakah bila kita mati nanti tempat kita sudah ditentukan di Syurga?. Jom kita bersama-sama membahasa bibir kita dengan hafalan zikir ini untuk hari kelak.

Sedangkan pasir di pantai pon berzikir kepada Allah S.W.T setiap masa inikan pula kita makhluk ciptaanNya yang paling sempurna di atas muka bumi ini sombong untuk melafazkan ayat ini.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?

Jangan jadikan alasan walaupun kita sibuk seharian sampai tidak ada masa untuk berzikir kepada Allah S.W.T . Berziki ini tidak susah dimana sahaja boleh kita menyebutnya sambil berjalan, berlari, memasak, baring dan sebagainya. Jika kita mahu syafaat di hari kelak maka sebutlah kalimah ini.Yang penting jadikan amalan rutin.


Kelebihan Zikir Subhanallah  Wa Bihamdihi

1 comment... add one now

Wahyu Sang Pencipta Wahyu Sang Pencipta April 15, 2021
dzikir ialah pengubung antara kita dengan Allah Ta'ala
Tq..