Nama Para-Para Malaikat Dan Tugas Yang Dilakukan

Hari ini, aku nak kongsikan 10 nama Malaikat yang kita WAJIB tahu tapi ramai yang dah lupakannya. Mungkin kalau korang tanya pada sesiapa, mungkin mereka akan ingat sebahagian sahaja daripada nama-nama malaikat tersebut. Jadi, untuk ingat semula nama-nama malaikat dan setiap tugas mereka, aku listkan nama-nama tersebut. Semoga aku dan korang semua akan ingat nama-nama nih..
1. Jibril/Jibrail tugasnya menyampaikan wahyu kepada Nabi2 dan Rasul2 Allah. Jika korang perasan, korang akan ingat tentang Jibrail bila wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Hira’. Betul tak?
2. Mikail – menurun rezeki dan menurunkan rezeki. Jadi, sekarang korang tahu malaikat mana yang menjalankan tugas menurunkan rezeki dan hujan.
3. Israfil - meniup sangkakala bila hari hendak Kiamat. Ini antara salah satu tugas yang sangat ditakuti oleh ramai orang. Bila malaikat Israfil menyiup sangkakala, ini menandakan hari kiamat bakal tiba..
4. Izrail – mencabut/mengambil nyawa (malaikat maut). Malaikat nilah yang akan mengambil nyawa kita bila masa kita dah tiba untuk pergi dari dunia ini.
5. Munkar dan
6. Nakir - menyoal mayat dalam kubur. Sebaik sahaja orang hidup meninggalkan kubur yang baru ditanam sejauh 7 langkah, lalu datanglah malaikat berdua ini. Kalau korang banyak buat jahat, pandai-pandailah jawab dalam kubur nanti ekk..
7. Raqib – menulis dan mencatat amalan kebaikan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kanan).
8. Atid – menulis dan mencatat amalan kejahatan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kiri). Dua malaikat ni sentiasa bersama kita. Cuma kita selalu lupa akan mereka. Percayalah, mereka sentiasa tidak jemu menulis setiap amal kebaikan dan kejahatan kita didunia ni. Jadi, jangan buat jahat dan buat amal yang baik selalu.
9. Ridhuan – menjaga pintu syurga. Rasa-rasanya ramai orang namakan anak mereka dengan nama riduan. Mungkin sebab teringat akan nama malaikat Ridhuan. Mungkin dengan harapan, anak mereka menjadi seorang yang baik.
10. Malek - menjaga pintu neraka. Malaikat ni, korang takkan jumpa kalau korang tak masuk neraka. Dengar cerita, wajah malaikat Malek sangat menakutkan ahli-ahli neraka. Betul atau tidak, aku tak pasti. Tak pernah lagi pergi Neraka. Jadi, ianya hanya tinggal persoalan sahaja..
Ok. Cukuplah. Dalam kelas selalu gak aku tanya pelajar, diorang tahu tak nama malaikat-malaikat yang wajib kita tahu ni. Sedihnya, masih ramai yang tak tahu. Tapi kalau suruh sebut 10 nama artis paling top atau 10 artis perempuan paling seksi kat Malaysia, laju aje diorang jawab dengan bangganya.
Ps: Ok, ini soalan pada diri korang. Korang ingat lagi tak 10 nama malaikat yang wajib orang Islam tahu? Tahu tak percaya kepada Malaikat adalah rukun iman yang ke berapa?
Nama Para-Para Malaikat Dan Tugas Yang Dilakukan

0 comment... add one now