Hukumnya adalah makruh kerana ia dapat mendatangkan keburukan dari segi kesihatan selain menganggu fokus kita dalam solat kerana pergerakan yang terbatas.
Al-Hafizh IbnuHajar dalam Fathul Bari (1/476) menceritakan dari Ibnu Asyhab tentang orang yang memendekkan seluarnya dalam shalat, padahal dia mampu memanjangkan seluarnya, dia berkata, ”Dia mengulangi shalat pada waktu itu, kecuali jika pakaiannya tebal, dan sebahagian ulama’ Hanafiyyah memakruhkannya”. Padahal keadaan seluar mereka pada waktu itu bentuknya sangatlah lebar, maka apa lagi dengan seluar yang sempit sekali.
Al-Allamah Albany-rahimahullah- berkata, ”Pada seluar (yang ketat) itu terdapat dua musibah.
MusibahPertama, Pemakainya menyerupai orang kafir. Sedangkan orang muslim dahulu mengenakan seluar yang lebar dan, longgar. Sebahagian orang Suriah dan Lebanon masih mengenakannya. Kaum muslimin tidak mengenal seluar ini, kecuali tatkala mereka dijajah. Sehingga tatkala penjajah itu meninggalkan Negara yang dijajah, mereka meninggalkan perilaku-perilaku yang buruk, dan kaum muslimin pun mengikutinya disebabkan ketololan dan kebodohan mereka.
Musibah kedua, Seluar (pantalon) ini membentuk aurat, sedangkan aurat lelaki batasannya adalah dari lutut sampai ke pusat. Padahal orang yang sedang shalat diwajibkan agar keadaaannya jauh dari memaksiati Allah, kerana dia sedang sujud kepada-Nya. Maka Anda akan lihat kedua punggungnya terbentuk dengan jelas!? Bahkan, anggota tubuhnya yang ada di antara keduanya (kemaluan-pen.) terbentuk!! Bagaimana boleh orang yang demikian ini melakukan shalat mengahadap Rabb semesta Alam?? Yang sangat menghairankan, majoriti pemuda-pemuda yang menamakan dirinya remaja muslim, mereka mengingkari wanita-wanita yang berpakaian ketat,kerana membentuk tubuhnya. Sementara pemuda ini sendiri lupa dirinya, kerana pemuda ini sendiri ternyata terjatuh pada kemungkaran yang dia ingkari itu. Tidak ada perbezaaan antara seorang wanita yang berpakaian ketat dan seorang lelaki yang memakai seluar yang membentuk tubuh, kerana keduanya sama-sama membentuk kedua punggungnya. Sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat, keduanya sama hukumnya. Maka wajib bagi para pemuda untuk mengetahui musibah yang telah menimpa diri-diri mereka sendiri, kecuali orang-orang yang dirahmati Allah dan jumlah mereka ini sedikit sekali. (Lihat Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtha’ Al-Mushallin (20-21))
Oleh itu, eloklah kita memakai pakaian yang sempurna untuk bertemu dengan Maha Pencipta, ALLAH swt.