Kelebihan Solat 5 Waktu Berdasarkan Sains

Kelebihan Solat 5 Waktu Berdasarkan Sains |Assalamualaikum , terima kasih kerana sudi datang ke blog saya di sini saya ingin bercerita dengan anda semua tentang Kelebihan Solat 5 Waktu Berdasarkan Sains mungkin masih ramai yang tidak tahu.

Pada tanggal 7 Dis 2010 kita akan menyambut awal Muharam, dikesempatan ini saya ingin membuat perkongsian pembacaan saya kepada saudara/ri seagama dengan saya tidak kira apa jua bangsa sekalipun, sesungguhnya manusia ada bersaudara dibawah agama Maha ESA iaitu ISLAM.

Telah banyak penyelidikan demi penyelidikan telah dilakukan oleh saintis islam dan barat tentang agama islam, banyak penemuan yang tidak kita sangka telah dijumpai dan kita tidak pernah mengetahuinya sehinggalah sedikit demi sedikit artikel yang berkaitan dikeluarkan, disini ingin dikongsikan khasiat solat 5 waktu iaitu SUBUH, ZUHUR, ASAR, MAGHRIB, dan ISYAK.



Di USA, seorang profesor Fizik telah menjalankan kajian tentang kelebihan solat 5 waktu secara berjemaah mengikut syariat islam.menurutnya badan manusia mempunyai 2 cas yang berlainan iaitu cas negatif dan cas positif. dalam kehidupan harian,kita sering melakukan pelbagai aktiviti untuk melangkapkan kehidupan kita dan kesan daripada itu, cas-cas yang berada dalam badan kita mengalami perubahan dan menyebabkan ketidakseimbangan berlaku cas-cas dan ini menyebabkan kita menjadi letih dan lesu, ketidakseimbangan ini perlu di seimbangkan semula selepas mejalankan sebarang aktiviti agar kita kembali segar dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti seterusnya.

      Profesor tersebut mengaitkan jumlah rakaat solat iaitu (subuh -2 rakaat, zuhur- 4 rakaat, asar- 4 rakaat, maghrib- 3 rakaat, isyak- 4 rakaat) secara berjemaah dengan keseimbangan cas-cas dalam badan manusia. ,menurut beliau, subuh dilakukan selepas kita bangun dari tidur yang sememangnya cas-cas yang berada dalam badan kita menghampiri keseimbangan, oleh yang demikian,kita hanya perlu sedikit sahaja pertukaran yang berlaku supaya cas-cas kembali kepada seimbang. keseimbanagan cas berlaku terjadi kerana terdapat pergeseran yang berlaku antara jamaah yang rapat antara satu sama lain iaitu melalui bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.

Pada waktu zuhur dan asar pula, pada masa ini kita terlalu banyak melakukan aktiviti seharian dengan menggunakan tenaga menyebabkan cas-cas dalam badan kita mengalami ketidakseimbangan yang serius disebabkan kehilangan bnyak tenaga dari badan kita, hal ini menyebabkan kita memerlukan banyak masa untuk cas-cas yang berada dalam badan kita kembali berada dalam keseimbangan, oleh sebab itulah mengapa solat zuhur dan solat asar didirikan sebanyak 4(empat) rakaat.

Manakala solat maghrib pula sebanyak 3(tiga) rakaat sahaja, ini kerana selepas kerja yang dilakukan selepas asar, kita tidak banyak melakukan kerja pada masa antara asar dan maghrib,ini lah yang menyebabkan pengurangan rakaat solat maghrib menjadi tiga.solat isyak-4 rakaat,kenapa?dan mengapa tidak dua?,mengikut kajian beliau, umat islam digalakkan tidur awal dan bangun diantara 1/3 malam untuk mengerjakan ibadah kepada allah, pada masa inilah terdapat banyak tenaga yang perlu digunakan untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Beliau mendapati agama islam merupakan agama yang lengkap dan setiap ibadah suruhan allah swt mempunyai khasiat disebalikkya.(kajian diatas adalah mengikut pandangan orang bukan beragama islam yang berada dinegara anti islam)

Setiap azan dikumandangkan ataupun setiap waktu solat menunjukkan perubahan warna alam yang berkait rapat dengan warna badan manusia.

      Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (terjaga dari tidur). Bekumandangnya azan Subuh, tenaga alam pada waktu ini berada pada tahap paling tinggi @ maksimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

      Pada waktu isyraq & dhuha, warna alam seterusnya berubah ke warna hijau dan masuknya waktu Zohor warna alam berubah menjadi warna kuning yang bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman badan manusia dan warna kuning ini juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.dari warna kuning pada waktu zuhur kepada bertukarnya warna oren iaitu pada waktu asar,spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. dan mempunyai rahsia kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya, bagi rakan yang mengambil Design Engineering, daya kreativiti amat diperlukan dalam setiap kerja yang dilakukan.

      Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warnamerah.spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam, kita sering dinasihatkan supaya tidak berada diluar rumah pada waktu ini.elakkan kita membuat perjalanan pada waktu ini dan ubahlah waktu perjalanan kita ke waktu-waktu yang lain kerana pada waktu ini banyak interferens (pembelauan) berlaku yang boleh mengelirukan mata.Rahsia warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.Azan pada waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo yang telah mengalami waktu yang gelap. Waktu ini mempunyai rahsia ketenteraman dan kedamaian bersamaan frekuensi sistem kawalan otak. bagi Mereka yang ketinggalan solat Isyak akan berada dalam kegelisahan.waktu inilah allah menjadikan waktu tidur dalam Islam. pada waktu inilah seluruh sistem tubuh manusia akan mengalami proses rehat dan bersedia untuk menjalankan aktiviti pada keesokkan harinya.

YA ALLAH, Pelbagai khasiat solat telah engkau berikan, Berikan lah hidayah untuk makhlukmu yang lemah dan kerdil ini untuk menjalankan ibadah dengan sepenuh hati,iman dan khusyuknya kepada mu, amin ya rabbal alamin.

AYUH KITA KERJAKAN SOLAT

0 comment... add one now