Antara Cara Mengeratkan Silaturahim Diantara Makhluk Allah


Hihi..assalamualaikum buat anda semua..pada kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang cara mengeratkan
selaturahim diantara makhluk Allah....
terdapat banyak cara untuk mengeratkan Silaturahim...tetapi saya hanya ingin berkongsi serba sedikit tentan
silaturahim. 



Sebaik Syawal menjelang, menjadi satu aliran apabila kebanyakan daripada kita menjadikan rumah terbuka sebagai agenda.

Ada kalanya tetamu yang datang berkunjung ke majlis rumah terbuka saling tidak mengenali tuan rumah yang mengadakan majlis itu.

Dalam kekalutan lautan manusia, ada kalanya si tuan rumah terlepas pandang manakala tetamu pulang dengan perasaan terkilan kerana tidak dapat bertemu empunya diri.

Konsep mengeratkan silaturahim bagaikan tergelincir daripada landasan asal jika niat sebenar mengadakan rumah terbuka sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau bermewah-mewah untuk dilihat lebih gah.

Pandangan pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah itu berikutan senario kebanyakan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh sesetengah orang agak tersasar daripada tujuan ke arah mengeratkan hubungan sesama Muslim dan mengelak pembaziran.

“Pasang niat untuk membuat majlis rumah terbuka itu semata-mata untuk mengerat silaturahim serta tidak membazir.

“Selidik bahawa niat untuk berjumpa semula sahabat, kenalan yang lama terpisah atau bermesra dengan jiran tetangga sebagai syarat terpenting.

“Jangan kerana aliran terkini iaitu orang lain buat rumah terbuka lalu kita terikut-ikut sama dan ingin menunjuk-nunjuk supaya tidak diperlekehkan rakan taulan. Jika itu niatnya, hentikan niat berkenaan,” katanya.

Beliau menasihati mereka yang ingin mengadakan rumah terbuka tidak terlalu menayangkan kepelbagaian menu sehingga menenggelamkan tujuan asal, sebaliknya mengundang dosa kerana terlalu banyak pembaziran berlaku.

“Masyarakat terlalu banyak dihidangkan dengan lambakan pelbagai jenis makanan. Makanan itu pula dikhuatiri mengundang masalah penyakit.

“Makanan sedap sebenarnya membahayakan diri sendiri. Biarlah menunya sedikit sama ada satu atau dua jenis saja tetapi berkhasiat.

“Lebih penting lagi, jika makanan sedikit kita akan ada ruang lebih banyak untuk berbual dan berkenal mesra berbanding makanan yang banyak sehingga tiada masa untuk saling berbual dengan tuan rumah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan tuan rumah yang mengadakan majlis rumah terbuka supaya berkenalan dengan setiap tetamu yang datang.

Menurutnya, tetamu yang datang juga digalakkan berjumpa dengan tuan rumah demi memenuhi matlamat asal kedatangan iaitu untuk menjalin hubungan yang erat dan bukan untuk makan semata-mata.

Selain memenuhi tuntutan agama, tanggungjawab sosial tidak harus dipinggirkan di kalangan mereka yang mengadakan rumah terbuka.

Mengadakan rumah terbuka secara berhemah tanpa melupakan golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, ibu tunggal dan warga emas harus menjadi niat terawal dalam agenda.

Katanya, tuan rumah juga harus memikirkan mereka yang datang itu terdiri daripada pelbagai anutan agama dan bangsa.

“Kita kena ingat, ada kalangan mereka yang datang terdiri daripada mereka yang hanya makan sayur atau mereka yang beragama Hindu tidak menjamah daging.




“Namun, jika dalam kebanyakan makanan yang dihidang tidak mengambil kira semua itu, apa makanan yang boleh mereka makan? Untuk itu, dalam setiap perancangan mesti bijak dengan mengambil kira segala aspek.

“Jika itu jadi perkiraan, saya percaya tuan rumah tidak akan terpempan apabila berdepan situasi sedemikian.

“Bahkan, pada masa sama, sikap tuan rumah diambil kira atau menjadi asbab (punca) untuk menarik secara halus bangsa lain terhadap keindahan Islam,” katanya.

Beliau turut menyarankan supaya kehebatan Ramadan selama sebulan yang disulami keindahan dan kesucian tidak mudah tercemar hanya kerana mengadakan rumah terbuka yang penuh kebatilan.

“Kesederhanaan adalah jalan terbaik buat menjadikan rumah terbuka sesuatu yang indah, harmoni serta jauh daripada sifat menjengkelkan,” katanya.
Antara Cara Mengeratkan  Silaturahim Diantara Makhluk Allah

0 comment... add one now