Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi… (Al-Araf: 96). Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Sekiranya hambaKu mentaatiKu, Aku akan menurunkan kepada mereka hujan pada waktu malam dan sinar matahari pada waktu siang, dan tidak akan memperdengarkan kepada mereka bunyi guruh” (Riwayat Imam Ahmad).
Menurut hadith di atas, jika penduduk sesuatu tempat itu beriman dan bertakwa, Allah tidak akan memperdengarkan bunyi guruh kepada mereka. Suara petir iaitu guruh adalah menakutkan dan sangat menyakitkan. Semakin hampir kita ke akhir zaman, semakin banyak kejadian ribut petir dan suara guruh kedengaran, walaupun di kota suci Mekah (mungkin ada sesuatu yang tidak kena di sana). Selain itu hujan hanya turun pada waktu malam sahaja dan tidak menjejaskan aktiviti mereka di siang hari.
Zaman sekarang ini ramai yang beriman tetapi tidak ramai yang bertakwa. Sedikit sahaja yang takutkan ALlah dan mematuhi suruhannya serta meninggalkan larangannya. Menurut jemaah tabligh, terdapat satu tempat di Thailand di mana kehidupan mereka aman damai dan makmur, penduduk di situ mengerjakan solah 5 waktu. Pada waktu malam mereka menahan pukat mereka dan selepas solat sunat Isra pada pagi keesokkannya, kesemua mereka mendapat rezeki serta hasil tangkapan mereka itu dibeli oleh para pemborong.
Keberkatan dan keadaan mewah itu juga akan berlaku setelah Nabi Isa diturunkan semula pada akhir zaman nanti.
Daripada Tsauban r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang memerangi India dansatu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa a.s.“. (Riwayat Imam an-Nasai).
…Kemudian Nabi Isa dan pengikut pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya’juj wa Ma’juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah.
Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi. Tumbuhkanlah tanaman serta keluarkanlah buahmu dan kembalikanlah segala nikmatmu”; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi Untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum.”
Nabi s.a.w., bersabda: lagi: “Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik – mukmin dan muslim dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari Kiamat.” (Muslim)