Tanggungjawap Suami Kepada Ahli Keluarganya

Tanggungjawap Suami Kepada Ahli Keluarganya - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin berkongsi ilmu Allah yang tiada hadnya, iaitu berkaitan dengan tanggungjawap suami yang sebenar kepada isteri dan anak-anak..

Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab” Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang”.
Riwayat Al-Bukhari
Huraian:
  • Kaum lelaki digalakkan membantu dalam kerja-kerja rumah tangga di samping tidak mengabaikan ibadat dan peranannya di dalam masyarakat.
  • Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumah tangga) dan negara dengan baik dan sempurna.
  • Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.
#copy paste
Tanggungjawap Suami Kepada Ahli Keluarganya

0 comment... add one now