Jazeman Bakal Juara F3 Britain


Hanya tinggal selangkah sahaja lagi buat pemandu remaja Malaysia, Jazeman Jaafar bakal melakar sejarah sebagai pelumba Asia pertama dinobatkan juara keseluruhan saingan Formula 3 Britain.
Kemuncak saingan akan berlangsung di Litar Donington, Sabtu ini dan Jazeman akan beraksi sebagai pendahulu keseluruhan dengan pungutan keseluruhan 282 mata.
Namun, pemandu yang berusia 19 tahun itu bakal berhadapan tugas sukar kerana dia hanya enam mata di depan pelumba Puerto Rico, Felix Serrales, di kedudukan kedua. Begitu juga saingan rakan sepasukan Jazeman, Jack Harvey, di tangga ketiga dengan 259 mata.
Jazeman yang meraih tiga gelaran juara dan 13 podium keseluruhan musim ini mengakui itu bukan tugas mudah namun yakin mampu melakukannya.
“Strategi minggu ini cukup mudah, menang setiap perlumbaan. Saya akan berikan aksi terbaik untuk baki tiga perlumbaan musim ini,” katanya yang tersenarai dalam kelompok pelumba elit ‘British Racing Drivers’ Club ‘Rising Stars’, sama seperti yang pernah diterima pemandu F1, Lewis Hamilton.
“Saya pernah beraksi sekali di sini pada tahun lalu dan sekali ketika sesi latihan rasmi pada minggu lalu. Semuanya berjalan lancar,” katanya mengulas mengenai litar Donington. Sesi latihan pertama bermula hari ini.
Untuk info, Jack Harvey telah mendominasi ujian masa pada 2 sessi latihan di  Litar Donington Park sebelum perlumbaan terakhir Sabtu ini.
Pos Driver Team Time 
 1. Jack Harvey              Carlin Dallara-Volkswagen             1m23.156s
 2. Jazeman Jaafar           Carlin Dallara-Volkswagen             1m23.249s
 3. Felix Serralles          Fortec Motorsport Dallara-Mercedes    1m23.303s
 4. Pietro Fantin            Carlin Dallara-Volkswagen             1m23.500s
 5. Alex Lynn                Fortec Motorsport Dallara-Mercedes    1m23.644s
 6. Pipo Derani              Fortec Motorsport Dallara-Mercedes    1m23.781s
 7. Hannes van Asseldonk     Fortec Motorsport Dallara-Mercedes    1m23.847s
 8. Harry Tincknell          Carlin Dallara-Volkswagen             1m23.924s
 9. Nick McBride             T-Sport Dallara-Nissan                1m24.492s
10. Geoff Uhrhane            Double R Racing Dallara-Mercedes      1m25.134s
11. Rupert Svendsen-Cook     Double R Racing Dallara-Mercedes      1m25.580s
12. Hywel Lloyd              CF Racing Dallara-Mugen*              1m26.175s
13. Spike Goddard            T-Sport Dallara-Mugen Honda*          1m26.212s
14. Pedro Pablo Calbimonte   T-Sport Dallara-Mugen Honda*          1m26.750s
15. Duvashen Padayachee      Double R Racing Dallara-Mugen Honda*  1m28.401s

0 comment... add one now