Bacaan Doa Tahiyat Awal Dan Akhir Rumi |Assalamualaikum semua umat islam terima kasih kerana sudi mencari ilmu akhirat internet. Di sini saya akan kongsikan dengan anda semua Bacaan Doa Tahiyat Akhir dalam Rumi mungkin ramai diantara kita masih belum lancar membaca Doa Tahiyat Awal Dan Akhir Rumi.
Seperti yang anda semua maklum bahawa jika kita tidak membaca doa tahiyat akhir maka solat fardhu tidak akan sempurna ia kerana bacaan tahiyat akhir termasuk dalam salah satu rukun solat.Kepada mereka yang lancar membacanya mohon berkongsi dan ajar la mereka yang kurang lancar semoga kehidupan seharian kita dirahmati Allah S.W.T Amin.
Bacaan Tahiyat Awal:
![]() |
| Doa Tahiyat Awal |
Bacaan Tahiyat Awal dalam rumi :
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad.
Maksudnya :
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir:
![]() |
| Bacaan Doa Tahiyat Akhir |
Bacaan Tahiyat Akhir dalam rumi :
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
Sekali lagi terima kasih dari saya semoga ilmu ini bermanfaat kepada anda dan jangan lupa untuk komen dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda.Jom baca Doa ketika Menaiki Kenderaan.



Laillah?? Bkn ke lillah ke
ReplyDeleteYa lillah
DeleteDia typo...
DeleteYa lillah bkn laillah
ReplyDeleteAssalammualaikum . Boleh ke kite solat letak handphone depan sejadah . Kite solat sambil baca surah dalam handphone tu dira nya sah atau tak ?
ReplyDeleteboleh
DeleteAsslmmualaikum . Boleh ke kite solat sambil bace surah dalam handphone sah atau tidak
ReplyDeleteboleh..insyaAllah..sebab Allah Ta'ala Maha mengetahui akan niat hambanya ingin menghafal bacaan2 dalam solat..
DeleteLilllah...silap taip je tu kn...xsgaje...
ReplyDeletelillah
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteMohon pencerahan bacaan tahiyat awal dan akhir.. Mengenai bacaan ayat.. Allahuma solli ala saiyidina muhammad wa'ala sayidina muhammad..
&
Allahuma solli ala muhammad wa'ala ali muhammad..
Mne satu yg sah digunakn? Ad yg mngtakn kedua2 bole.. Baik sdri mahupun berjemaah.. Maaf ya.. Sy ingin bertnya shja.. Niat utk ke arah lebih baik
Allohuma solli ala muhammad wa'ala ali muhammad.
Deletesye mualaf... bolehnkensye menulis pada stu kertas dan letakkannya di atas sejadah waktu solat....
ReplyDeleteboleh tapi lebih bagus gunakan kaset atau audio yg memperdengarkan bacaan solat sambil melihat ayat2 dalam bacaan solat . Lagi cepat ingat
DeleteTulisannya sangat bermanfaat dan bagus sekali, terimakasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum , terima kasih sudi konngsi . Sy cuma nk tanya. Sy hafal separuh je tahiyat akhir alhamdulillah dah bole sikit tapi separuh je tak habis lagi sy lupa. Xpe ke tp sy cuba ulangin lg sy bole
ReplyDeleteNiat kita nawaitu kita allah mengetahui dengan ap cara sekali pun kita sungguh2 untuk melakukan ibadah solat mudah mudahan allah terima..Wallahu alam
ReplyDeleteAssalamualaikum...Boleh ke klau kite baca dlam melayu niat solat Tu?
ReplyDelete