Bacaan Doa Iftitah Rumi


Bacaan Doa Iftitah Rumi | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, terima kasih kerana sudi hadir ke blog Islam Suci untuk mencari sedikit ilmu akhirat yang tersisa di sini. Saya akan kongsikan Doa Iftitah dan Terjemahan. Sebab saya tahu bukan semua umat islam yang lancar membaca Doa Iftitah itu tidak mengapa kerana kita boleh belajar.

Doa Iftitah Bahasa Arab :

Bacaan Doa Iftitah Rumi
(Kredit: Google)
Doa Iftitah Rumi :

ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA. WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMA-WATI WAL-ARDHA HANIFAM-MUSLIMAW-WAMA ANA MINAL-MUSYRIKIN. INNA SALATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL-'ALAMIN. LA SYARIKALAHU WABIZA-LIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN.


Terjemahan Doa Iftitah :

ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam.

Alhamdullilah selesai sudah pembelajaran kita . Jika ada salah dan silap dalam penulisan saya mohon anda tinggalkan komen di bawah dan beritahu kawasan mana yang saya silap. Insyallah saya akan memperbaikinya secepat yang mungkin. Ingin belajar lagi? Sila ke Doa Ketika Menaiki Kenderaan dan Doa Pasangan Kekal Jodoh

1 comment... add one now

Hakim Mahmud Hakim Mahmud September 29, 2016
Selamat membaca Doa Iftitah Rumi