google.com, pub-4055201132772591, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1 ekor ayam
10 biji cili merah
1 biji kelapa
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
Sedikit belacan

Cara membuat
Ayam dipotong ikut sesuka hati. Cili, bawang merah, bawang putih, halia dan belacan dikisar halus. Panaskan minyak dalam kuali. Tumislah bahan-bahan dikisar tadi sehingga wangi. Kemudian, masukkan ayam dan kacau sekejap. Akhir sekali, masukkan dua mangkuk santan dan serai yang dititik. Rasalah dulu sebelum angkat.
Resepi Ayam Masak Merah

0 comment... add one now