CITRAWARNA MALAYSIA 2012 | SENARAI JALAN YANG DITUTUP

CITRAWARNA MALAYSIA  2012 | SENARAI JALAN YANG DITUTUP | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua,di sini saya amat gembira kerana anda semua sudi datang ke blog saya ini, di sini saya ingin kongsikan dengan anda satu informasi yang sangat berguna kepada rakyat malaysia iaitu berkautan dengan sempena hari citra warna malaysia 2012.

Seperti biasa, setiap tahun negara kita akan menganjurkan pesta Citrawarna dan seperti biasa juga beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup Sabtu  ini sempena perarakan Citrawarna Malaysia 2012. Antara jalan berkenaan ialah Jalan Hishamuddin (dari arah bulatan Hishamuddin), Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan, persimpangan Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Kasturi.


Jalan-jalan lain yang terlibat adalah, persimpangan Jalan Medan Pasar/Jalan Tun Perak, Bulatan Datuk Onn (arah ke Jalan Tun Perak), Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan, persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Dang Wangi, persimpangan Jalan Dang Wangi/Jalan Munshi Abdullah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan Dataran Merdeka.


Jalan-jalan tersebut juga akan ditutup semasa raptai perarakan pada Khamis dan Sabtu bermula 7.30 petang hingga tengah malam. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak melalui jalan-jalan tersebut bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. CITRAWARNA MALAYSIA  2012 | SENARAI JALAN YANG DITUTUP

0 comment... add one now