Nabila Huda Mengaku Sayangkan Johan


“Saya sayang dia!”
Itulah ayat yang keluar daripada mulut pelakon Nabila Huda, 28, sewaktu ditanya berkaitan hubungannya dengan Johan As’ari.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut bukanlah bermaksud Nabila sedang bercinta dengan aktor yang terkenal menerusi drama bersiri, Juvana. Jelas Nabila, dia dan Johan hanya berkawan baik.
“Ikhlas saya katakan, saya memang sayangkan dia, tapi kami hanya sekadar kawan baik.
“Mungkin orang akan melihat kami seperti pasangan kekasih, bagaimanapun tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang disangka,”
Dia sangat selesa bersama Johan As’ari memandangkan Johan menerima dia seadanya.
“Dia tak kisah berkawan dengan saya walaupun saya ini seorang yang lasak serta ringkas.
“Itu yang membuatkan kami jadi rapat, apa pun itu bukanlah sebagai jaminan bagi hubungan kami akan menjadi lebih serius,”

Sementara itu, Nabila berkata, dia yang sering memberi nasihat kepada Johan mengenai kerjaya dan imejnya.
“Memang saya banyak membimbing dia sekiranya perkara itu berkaitan dengan karier, lagi pun dia masih muda, perlu memberikan perhatian terhadap karier terlebih dahulu.
“Bagi saya, Johan masih belum bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan serta saya mahukan lelaki yang matang serta mampu menerima saya dan anak,”

0 comment... add one now